Evolusi masa kini, masa kian bergerak pantas namum adakah pemikiran kita tetap sama seperti sebelum ni? Anda saja yang tahu..betul kan?
Salam Hormat,
Saya, Farrawati Sabli, penulis buku: Evolusi Mindset/ Terima Kasih Ujian. Saya merupakan pelajar sepanjang masa di Universiti Kehidupan dan kini menjadi ‘Penulis Sepenuh Masa’. Dalam bidang akademik, saya adalah graduan Ijazah Sarjana dalam bidang Pemajuan Biodiversiti, Univesiti Malaysia Sabah. Semoga perkongsian ini memberikan inspirasi kepada anda.
MEMPERKENALKAN
BUKU EVOLUSI MINDSET
MANFAAT YANG BAKAL ANDA PEROLEHI DARI
|
KENAPA PELANGGAN PERLUKAN BUKU INI?
Mengikut statistik pengangguran di Malaysia, sehingga kini, dianggarkan seramai 53,000 graduan yang masih belum lagi mendapatkan pekerjaan setelah enam bulan menamatkan pengajian.
Dalam statistik lain, sebanyak 5.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan (DEPRESI). Menjelang tahun 2020, salah satu gangguan mental iaitu ‘kemurungan’ dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung
Kenapa saya berikan dua statistik ini? Pengangguran dan Depresi? Sahabat sekalian, dulu, saya adalah antara graduan yang begitu giat ‘mencari pekerjaan’. Setiap hari saya akan ‘google’ berkenaan dengan jawatan kosong? Temuduga terbuka? Dan yang sama waktu dengannya. Dalam masa yang sama, saya berhadapan dengan pertanyaan orang sekeliling, ‘Kamu sudah dapat KERJA?’ ‘Sia-sia kamu belajar tinggi, tapi tidak KERJA’. Saya begitu tertekan ketika itu, hampir-hampir depresi. Namun, lama kelamaan, saya sedar bahawa selepas pelbagai peristiwa berlaku, ia adalah sebuah proses untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. Berkali-kali saya nyatakan dalam buku ini ‘TERIMA KASIH UJIAN’. Semua ini berlaku selepas proses EVOLUSI MINDSET.
Menurut penulis tersohor, Brian Tracy Tamadun manusia berubah dari zaman yang menggunakan tenaga ‘otot’ ke zaman yang menggunakan kuasa ‘minda’. Kita sudah mengalami EVOLUSI daripada tumpuan kepada menggerakkan benda kepada tumpuan penciptaan dan perkembangan idea dan pengetahuan. Dunia sekarang memerlukan manusia yang begitu responsif kepada perubahan. Ini kerana, jika kita tidak mahu berubah pun, dunia tetap berubah. Saya selalu mendengar rintihan adik-adik yang baru ‘grad’ di media sosial tentang pekerjaan. Mereka terpaksa bekerja sebagai kerani, operator pengeluaran dan pembantu restoran. Selain itu, saya selalu juga mendengar luahan ibu bapa yang berusaha membantu anak mereka mencari pekerjaan dengan menemani anak untuk temuduga, mencari ‘kabel’ dan sebagainya. Begitulah betapa besarnya harapan ibubapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya. PENGANGGURAN di kalangan GRADUAN. Ini adalah sebuah hakikat yang terpaksa kita terima pada masa kini. Menyedari hakikat ini, saya telah berkongsi kisah suka duka selepas graduasi. Mudah-mudahan ia dapat memberi suntikan semangat agar kita semua terus berjuang di Universiti Kehidupan.
1) Seseorang itu tidak mempunyai matlamat hidup
Jika anda rasa andalah yang dimaksudkan di atas, maka anda WAJIB mengizinkan diri anda untuk membeli buku ini. Buku EVOLUSI MINDSET: Terima Kasih Ujian |
SINOPSIS BUKU
Ketika menulis buku ini, saya berusia 35 tahun. Dalam perjalanan hidup yang telah dilalui, saya menjumpai tiga jenis jalan iaitu jalan mati, jalan di persimpangan dilema dan jalan kejayaan. Jalan mati adalah ketika saya benar-benar mahukan sesuatu, namun saya tidak berjaya mendapatkannya. Kemudian, ketika berada di jalan persimpangan dilema, saya berada dalam dilema apabila pekerjaan yang saya lakukan selepas bertukar bidang yang lain, hanyalah sekadar hobi. Lama kelamaan saya bosan melakukan perkara itu, akhirnya, saya gagal. Ketika itu, saya buntu, hendak berniaga, tapi belum jumpa apa yang betul-betul saya inginkan. Saya dalam dilema sama ada perlu terus berniaga atau kembali mencari pekerjaan.
Saya reset semula kehidupan dengan harapan akan menemui sebuah jalan yang membawa kebahagiaan. Ketika itu, dalam masa yang sama, saya berhadapan dengan dua jenis batu, iaitu batu penghalang dan batu loncatan. Oleh kerana saya sentiasa memilih batu loncatan, maka saya telah sampai ke jalan kejayaan.
Akhirnya, saya menemui jalan ketiga, iaitu jalan kejayaan. Allahuakbar, saya telah melewati satu cabang jalan yang jarang-jarang orang lalui. Ketika saya berada di jalan ini, saya terus nampak perjalanan saya seterusnya di hadapan. Saya nampak jalan itu terang-benderang.
Itulah kisah yang ingin saya sampaikan dalam buku ini. Ketika kita merasakan Sang Pencipta telah menutup satu jalan, boleh jadi Dia membuka jalan-jalan lain buat kita. Tapi, sekiranya kita tidak nampak jalan-jalan lain itu, bahkan kita hanya nampak hanya satu jalan sahaja. Bahagia tidak kunjung tiba, kita tidak kunjung maju malah mundur. Kejayaan terasa masih terlalu jauh.
Walaupun kita sentiasa merancang, namun adakalanya masih juga sering tersesat. Ini kerana hidup bukan sebuah perjalanan lurus dan mudah untuk kita lalui tanpa rintangan. Ia adalah sebuah perjalanan yang perlu melalui laluan yang bersimpang-siur. Kita perlu mencari arah sendiri.
Kadang-kadang kita sesat, kita keliru. Dan sering kali, kita menemui jalan buntu. Namun selalu, seandainya kita percaya dan yakin, pintu akan sentiasa terbuka untuk dilalui. Mungkin itu bukan pintu yang kita fikirkan, tetapi yakinlah bahawa itu adalah pintu yang terbaik buat kita.
'Dan kamu merancang. Kami juga merancang.
Dan ketahuilah perancangan Kami (Allah) yang paling baik, paling sempurna’.
Surah ‘Ali Imran, 54)
Dengan keterbatasan ilmu, selepas jatuh berkali-kali, kecewa berulang-ulang dan kemudian bangkit. Saya mula berfikir, membaca, belajar dan menulis. Saya menulis ‘sesuatu’ yang telah tertulis. Kemudian, hati kecil saya meronta ingin mengatakan,
TERIMA KASIH UJIAN.
TERIMA KASIH UJIAN.
TERIMA KASIH UJIAN.
Dalam samar, Syurga yang dirindui seperti betul-betul depan mata.
TESTIMONI PELANGGAN KAMI
TESTIMONI UNTUK BUKU PERTAMA ‘7 Rahsia Tenang Menghadapi Ujian Hidup’.
Buku Evolusi Mindset: Terima Kasih Ujian adalah buku kedua
TESTIMONI #1 Suryani Sirun (Usahawan Homestay) 7RTMUH memberikan banyak pengajaran dan nilai-nilai moral yang mampu membantu kita dalam mengharungi kehidupan di dunia yang tidak kalis ujian dan cabaran ini. Buku ini juga sangat sesuai untuk golongan yang sedang galau kerana diuji dan mencari erti hidup. 7RTMUH merupakan penawar yang mujarab. Manusia dan ujian berpisah tiada. Membaca 7RTMUH mampu mengubah sudut pandang manusia tentang ujian dan masalah dari negatif kepada positif. |
TESTIMONI #2 Zainorain Makbul (Guru) Terima kasih dik Farrawati Sabli..hadiahkan buku ini. Buku sulungnya.... |
TESTIMONI #3 Mumtaz Hidayahtullah Yatau (Pelajar PHD, UMS) Padat dengan rahsia kehidupan. Bagaimana Bangkit semula selepas jatuh... Disakiti berulang-ulang? kecewa berkali-kali? Perkongsian santai penuh dengan tangisan dan kasih sayang. Tulisan sahabat hebat saya Kak Farrawati Sabli Semoga ia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. |
TESTIMONI #4 Mawar Unggu (23 Disember 2016) (Perunding Kewangan) Buku ini banyak mengajar diri ke arah positif. Lebih 7 kali baca. Sebab selalu sahaja perasaan negatif hadir dalam diri ini. Jatuh bangun sendiri. Cerita dalam buku ini hampir sama dengan cerita hidup saya. Sebab itu saya suka baca berulang kali. Semasa pertama kali saya baca, saya menangis. Sebab ada lagi orang lain yang bermasalah daripada saya, bab 3 paling menyentuh jiwa saya iaitu ‘mari belajar senyum dalam ujian’. Dan bab 6, belajar sesuatu daripada ujian. Allah SWT uji saya. Allah tidak uji jika saya tidak kuat untuk hadapinya. Saya seorang yang pendendam. Bila sampai bab maafkan orang saya baca ulang-ulang..sebab baca dengan buat tidak sama, saya usaha sebab malu pada diri. Saya suka ayat-ayat dalam buku ini sebab lahir ikhlas daripada hati dan sampai ke hati saya, sehingga satu hari anak saya cakap "Umie jangan menangis lagi, baca buku aunty farra (sebab saya panggil buku ni "buku auntie farra, kat anak") umie kan kuat. Pic tu saya upload di wall saya". Ya kini saya tidak mengalah lagi. Saya akan terus ke angkasa semakin tenang dengan JALAN ALLAH. BUKU INI ASBAB SAHAJA. Semua atas izin Allah. |
TESTIMONI #5 Aniem Jemian (31 December 2016) (Kakitangan Kerajaan) Apapun yang terjadi mind set kena positif. Dalam media sosial orang sindir-sindir abaikan, kesusahan kita hanya Allah SWT yang MAHA MENGETAHUI. Buku 7RTMUH telah banyak mengajar saya tentang ketenangan hati. |
TESTIMONI #6 Hairyaa Ismail (3 Jan 2017) (Perunding Kecantikan) Setiap kali saya baca buku 7RTMUH, ia bagaikan mengisahkan hidup saya yang naik turun naik turun. Setiap kali baca, saya menangis. Setiap kali baca, saya terimbas kenangan dulu. Setiap kali baca, saya sedar telah banyak perkara sukar yang telah saya lalui, dan saya rupanya mampu lalui. Setiap kali baca, saya bersyukur atas nikmat yang terlalu banyak Allah SWT berikan kepada saya. Setiap kali baca saya selalu ingat pada mereka yang telah PERGI untuk saya sampaikan sekalung doa. Buku ini seperti bercerita kepada saya agar saya terus kuat dan senantiasa bersyukur kerana setiap ujian itu pasti ada barakah yang ingin disampaikan. |
ANATOMI BUKU
BAHAGIAN 1 REVIEW KEHIDUPAN: SI PENGEMBARA ILMU
- Bab 1 Bahagian menuntut Ilmu
- Bab 2 Oh! Penyelidikan
- Bab 3 Sarjana kecil tapi signifikan
- Bab 4 Sebuah penemuan Sains
- Bab 5 RM38,000, pertolongan dari langit
- Bab 6 Viva Oh Viva!
- Bab 7 Hadiah dari kesabaran
REVIEW KEHIDUPAN: KE MANA SELEPAS GRADUASI?
- Bab 8 Kerja Oh Kerja!!
- Bab 9 Pensyarah tidak jadi
- Bab 10 PHD dan rumah sewa
- Bab 11 Master Chef
- Bab 12 Borang Penyelamat
- Bab 13 Hijrah
- Bab 14 Turning Point
BAHAGIAN 2 RESET KEHIDUPAN: Ingatkan jadi saintis tapi jadi PENULIS
- Bab 15 Bangkit
- Bab 16 Apa yang kita cari?
- Bab 17 Sampai bila hendak persoalkan takdir?
- Bab 18 Antara cita-cita dan cinta
- Bab 19 Demi sebuah CINTA
- Bab 20 Aku, buku dan cinta
- Bab 21 Baca kehidupan sendiri
- Bab 22 Fokus pada potensi diri
- Bab 23 Ada apa dengan CINTA ILMU’?
BAHAGIAN 3: 7 RAHSIA EVOLUSI MINDSET
- Bab 24 Cipta peluang
- Bab 25 Kita adalah magnet
- Bab 26 Kuasa Minda
- Bab 27 Evolusi Mindset
- Bab 28 Kenal potensi diri sendiri
- Bab 29 Apa makna KEJAYAAN?
BAHAGIAN 4: KUNCI KEJAYAAN
Bab 30 Pelajar sepanjang hayat
Bab 31 Return Of Investment (ROI) dari menuntut ilmu
Bab 32 Hanya KepadaMu aku bersujud
Bab 33: Cintailah apa yang anda lakukan
Bab 34: 7 FORMULA KEJAYAAN
Bab 35: 10 PRINSIP ‘Sangka Baik’ dengan ujian